Friday, 31 July 2015

RECIPE IZZYMEALS 0033: Chewy Peanut Butter & Choc Bar

Pada yang pernah dengar atau telah mencuba resipi 'Peanut Butter & Cornflakes Pops' tentu familiar dengan resipi baru ni. Bahan dan cara yang sama with a little twist!  Kalau dah bosan dengan 'pops' bolehlah buat 'bars' pula hehehe.  Buat untuk open house pun bolehhhh.


Bahan-bahan:
1/4 cawan gula
3/4 cawan madu
250g smooth peanut butter
Secubit garam
4 cawan cornflakes
Segenggam badam nibs - disangai
1kg coklat masakan

Cara-cara:

1. Masukkan gula dan madu ke dalam periuk di atas api sederhana sehingga gula larut dan kedua-dua bahan bergabung. Didihkan.


2. Apabila mendidih, alihkan dari api. Masukkan peanut butter dan kacau sehingga sebati dengan didihan gula dan madu. Masukkan garam dan kacau rata.


3. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran peanut butter tadi ke atas cornflakes dan gaul rata. Sprinkle almonds semasa menggaul.

4. Masukkan campuran ke dalam loyang yang dialas dengan kertas parchment dan digris dengan sedikit mentega. Ratakan dengan tangan. Biarkan sejuk seketika untuk mengeras.

5. Cairkan coklat dan tuangkan ke atas cornflakes yang di dalam loyang tadi. Taburkan almond nibs dan biarkan sejuk di dalam chiller.

TIPS: Chill for at least an hour. Cut into bars with a warm knife.

Enjoy!


Dengan ingatan tulus ikhlas,
 

I.Z.Y.A.N
 
#izzymeals #izzyshares #izzytips #recipe #chewy #peanutbutter #chocolate #nobakebars 

http://www.izyanhani.com/p/purchase-cerita-rasa.html

Friday, 24 July 2015

3 Langkah Keselamatan Anak-anak Semasa Di Dapur (daripada eBook 15 Resipi #izzymeals Mom & Kids Junior MasterClass)


"Sebenarnya, konsep #izzymeals ini ditujukan untuk orang dewasa MELALUI kanak-kanak.  


Kanak-kanak adalah contoh terbaik untuk buktikan bahawa jika kita yakin diri dan tidak takut mencuba sesuatu yang baru, coklat masin pun boleh jadi sedap! Nampak tak konsep tu....heheh!"

Di Mom & Kids Junior MasterClass, Izyan amat menitikberatkan soal kebersihan dan keselamatan di dapur.  Berikut ialah sedikit 'sneak peek' kandungan eBook tersebut untuk panduan ibu-ibu semua, berdasarkan sedikit pengalaman Izyan bersama 'students' yang berusia antara 3-12 tahun sepanjang 9 kelas yang lalu.

Mungkin ibu/kakak/adik/aunties di sini boleh kongsikan lagi pengalaman masing-masing bersama anak-anak semasa di dapur, dari sudut kitchen safety ini, untuk panduan kita bersama.

#izzytips #izzyshares #eBook #juniormasterclass #kitchensafety #foodhygiene #15recipes #izzymeals

Thursday, 23 July 2015

#Izzytips Pavlova Mini, Cerita Rasa Izyan Hani. (pantun dua kerat? heheh)


Pavlova adalah sejenis pencuci mulut yang dibuat daripada putih telur yang dipukul sehingga kembang, kental dan berkilat. Ia kemudian dibakar perlahan sehingga rapuh dan biasanya dihidangkan bersama krim yang dipukul (whipped cream) beserta buah-buahan segar.


#Izzytips 1: Pavlova sangat sesuai dihidangkan bersama buah-buahan beri seperti beri biru dan strawberi. Ini kerana buah-buahan tersebut mempunyai sedikit kemasaman untuk memberikan rasa yang berlawanan dengan manis pavlova itu sendiri. 


#izzytips 2: Untuk anda yang gemarkan coklat taburkan sedikit coklat di atas buah-buahan dan krim untuk menambahkan lagi keenakan pavlova anda.


#izzytips #minipavlova #CeritaRasa #resipi38 #mukasurat201 #kongsiilmu #galeriilmu


http://www.izyanhani.com/p/purchase-cerita-rasa.html


Photocreds: Jo Ghazali

*dipetik dari entry https://www.facebook.com/IzyanHaniMC2 bertarikh 23 Jul 2015

Sunday, 19 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua followers Izyan yang beragama Islam dan selamat bercuti pada yang bukan Islam. Ampun maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap selama ini (termasuk yang terlambat respond di comment box juga. Sorryyy tak dan).

Raikan 'hari kemenangan' ini dengan mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan sahabat handai. Berhati-hati di jalan raya ya!  Pada yang belum terima email dari Izyan, harap bersabar...heheh.  Pada yang dah terima, selamat mencuba resipi 'itu' ye! ;-)


Masih belum beri email address? Sila tulis di ruangan komen entry FanPage FB, sekali sahaja! 

Semoga bertemu Ramadhan akan datang,

I.Z.Y.A.N

Wednesday, 15 July 2015

Sambungan: 'Percubaan Resipi PB&CF Pops' (Part 3) oleh anda semua!


1) Terima kasih pada yang telah mencuba resipi.

2) Terima kasih pada yang telah memberi email (sehingga semalam). Sila check email masing-masing ye.

3) Pada yang belum beri email untuk join mailing list Izyan, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah. 

4) Pada yang telah memberi email sebelum ini, tidak perlu diulang. (email berulang will be deleted automatically).

5) Pada yang baru sahaja memberi email, don't worry, semua telah direkodkan.

6) Dipersilakan kongsi maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain, sekiranya mereka juga berminat untuk join.

Selamat berpuasa, semoga ibadah kita semua terus diberkati dan diterima olehNya dansempat berjumpa Ramadhan yang seterusnya. Amin.

‪#‎lastlastkopek‬

i.z.y.a.n

www.izyanhani.com


*dipetik dari entry https://www.facebook.com/IzyanHaniMC2 bertarikh 15 Jul 2015

Tuesday, 14 July 2015

Percubaan Resipi PB&CF Pops (Part 2). Alhamdulillah.


Ada banyak gambar-gambar percubaan resipi ni diterima dari anda semua. Ini antaranya. Kreatif kan? Terima kasih pada yang sudi mencuba my ‪#‎izzymeals‬ recipe. Yang penting senang, simple, sedap, jimat!

Pada yang belum beri email address untuk join my mini newsletter mailing list, sila tinggalkan email anda di ruangan komen di bawah ye. The moarrr the merrierrrr! 

Pada yang telah beri email during the weekends, tidak perlu diulangi, no worries. Semua dah direkodkan. Khas buat anda semua, nantikan kemunculan email Izyan di inbox masing-masing SOON! InsyaAllah. 

I.Z.Y.A.N
www.izyanhani.com

 *dipetik dari entry https://www.facebook.com/IzyanHaniMC2 bertarikh 13 Jul 2015


Sunday, 12 July 2015

Gambar Percubaan Resipi & Berita Baik Untuk Followers Izyan (Mailing List)


Inilah antara hasil percubaan resipi oleh Izyan dan anda semua. Macam-macam bentuk & style yang muncul. Best nya! Alhamdulillah. Ada juga yang tak sempat snap gambar ye heheh.

Weekend ni tentu ramai lagi yang akan try resipi ni kan? Kalau ada sesiapa lagi yang nak join 'wall of fame' Peanut Butter & Cornflakes Pops di sini, silalah share gambar-gambar hasil anda ye :D Untuk suka-suka sajeeeeee.

Dengar khabar, ada juga yang dah buat dan sorok balang, yang dah habis dimakan pun ada haha! Takpe boleh buat semula;-)


DUA BERITA BAIK:
InsyaAllah, sebelum melabuhkan tirai perkongsian resipi sepanjang Ramadhan minggu hadapan, Izyan akan share this same ‪#‎izzymeals‬ recipe with a little twist! Kita cuba cara lain pula tapi masih no-bake. Bolehlah buat tambah-tambah idea kuih raya instant, mudah, sedap & jimat budget pada hari raya nanti.

InsyaAllah juga, starting after cuti Hari Raya sepanjang bulan Syawal, Izyan akan sambung berkongsi tips atau resipi atau berita terkini termasuk aktiviti/kelas seterusnya (jika ada) dalam bentuk mini newsletter di EMAIL.

OLEH ITU, sila tinggalkan email anda di ruangan komen sini:

1) Jika anda ingin mendapatkan resipi PERCUMA #izzymeals ala Peanut Butter & Cornflakes Pops with a little twist seperti yang disebut di atas.

DAN

2) Jika anda ingin menjadi part of my mailing list for the mini newsletters & menjadi antara yang pertama mendapatkan updates termasuklah cara mendapatkan eBook '15 Resipi #Izzymeals Pilihan di Mom & Kids Junior MasterClass'.

Sila share maklumat ini dengan seberapa ramai kawan-kawan FB, just in case mereka juga berminat untuk join my mailing list nanti. Thanks. (Tapi mereka haruslah like page Izyan MasterChef ni dulu kan kan kannnn):-)


Selamat berhujung minggu bersama family dan marilah sama-sama fokus pada ibadah kita di bulan Ramadhan dahulu, selagi diberi kesempatan masa ye. Assalamualaikum.

I.Z.Y.A.N

www.izyanhani.com

 *dipetik dari entry https://www.facebook.com/IzyanHaniMC2 bertarikh 11 Jul 2015